Mengenai Hotel UiTM Shah Alam

Pendahuluan

Institut Teknologi MARA atau ITM secara rasminya telah ditubuhkan pada 14 Oktober 1967. Pada pertengahan tahun 1972, kampus induk di Shah Alam dibuka dengan rasminya. Pada akhir tahun 1970-an, ITM telah muncul sebagai sebuah badan persendirian dan tidak lagi diletakkan di bawah kawalan Bahagian Latehan MARA. Ia diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Semenjak dari itu, ITM terus membangun dan berjaya muncul sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang utama di negara ini. Dalam bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan ' oleh Parlimen dan selepas itu, ITM telah ditadbir terus di bawah Kementerian Pendidikan.

Dalam usaha menaikkan taraf pendidikan di kalangan kaum bumiputera di negara ini, ITM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadikan ITM sebagai IPTA yang seimbang dalam aspek pembelajaran. ITM telah menjadi sebuah IPTA yang menyumbang tenaga kerja berpengetahuan tinggi kepada negara. Pelbagai kursus telah disediakan untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara.
Diantara kursus yang ditawarkan adalah Pengajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Untuk memenuhi keperluan pelajar untuk seimbang antara pembelajaran secara amali dan praktikal, tertubuhlah Hotel Sri Alam yang diuruskan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Rentetan Sejarah Penubuhan Hotel UiTM 1973-1992


Pihak ITM ingin menubuhkan sebuah hotel latihan yang menawarkan kemudahan latihan dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini kepada masyarakat dalam dan luar Negara. Dengan ini pelajar-pelajar ITM dapat menjalankan latihan secara ‘in-house’ yang dapat mendekatkan diri mereka kepada keadaan sebenar urusan harian seperti di Hotel industri.

Operasi Hotel ITM telah bermula pada bulan Mei 1992. Pada waktu itu, pengendalian Operasi Hotel adalah diperingkat bila adanya permintaan. Ditahap tersebut, pihak Hotel Cuma mengendalikan jamuan rasmi ITM seperti Jamuan kebudayaan dan juga Pesta Golf diantara universiti. Mulai bulan Ogos 1992, operasi hotel mula berfungsi di dalam konteks ‘solf opening’ di mana Coffee House mula dibuka daripada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Meranti Grill pula mula dibuka untuk menampung keperluan akademik pelajar dan perkhidmatan kaunter Front Office mula beroperasi 24 jam. Hotel telah mula mengambil tempahan-tempahan jamuan daripada pihak awam di samping menganjurkan High Tea dan Fashion Show setiap minggu. Jumlah jam perniagaan Hotel ITM bagi Coffee House dan Meranti Grill telah dipanjangkan pada sebelah malam setiap hari bermula 2 Disember 1992.

 Pada tahun 1973, Hotel Sri Alam telah ditubuhkan di bawah kendalian Encik Gulam Abd. Kadir selaku Pengurus Hotel yang pertama. Bilangan staf pada ketika itu adalah seramai 30 orang sahaja. Hotel Sri Alam dilengkapi dengan 12 buah bilik  terdiri daripada 8 buah bilik Standard dan 4 buah bilik Suite. Harga bilik pada ketika itu ialah antara RM40 – RM50. Kebanyakkan pelanggan hotel adalah terdiri daripada staf kursus (MEDEC). Selain daripada itu, kemudahan yang disediakan seperti Dewan Sri Impian yang memuatkan 200-300 orang dalam satu-satu masa. Hotel Sri Alam juga mempunyai sebuah restoran yang diberi nama Coal Mine Coffee House yang boleh memuatkan 60 orang. Harga buffet pada ketika itu ialah RM3 – RM5. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah dapur Pastri dan 3 dapur latihan Asas Masakan. 

Hotel ITM bermula 1992-1999

Sekitar tahun 1992 – 1998 Hotel ITM telah berpindah daripada hotel lama ke hotel baru. Pada masa itu, Hotel Sri Alam telah ditukarkan namanya ke Hotel ITM. Pengurus pada ketika itu adalah Prof. Dr. Muhamad Muda. Hotel ITM dilengkapi 40 buah bilik yang dijual secara berperingkat dan sebuah restoran. Antara kemudahan lain ialah Dewan Bankuet Sri Impian dan 2 buah bilik seminar iaitu Bilik Seminar 1 dan Bilik Seminar 2. Matlamat utama pada masa itu adalah sebagai sebuah hotel latihan bagi penuntut-penuntut di dalam Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.  

Kakitangan hotel bekerja bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Walaubagaimanapun, selepas waktu tersebut terdapat seorang pegawai yang bertugas untuk mengawasi keadaan. Jumlah kakitangan yang berkhidmat dengan Hotel ITM pada ketika itu adalah seramai 20 orang sahaja. Pelanggan hotel adalah terdiri daripada kakitangan ITM dari seluruh cawangan. Harga bilik yang ditawarkan adalah RM85 untuk satu malam.
           
Pada tahun 1993, Hotel ITM mula beroperasi secara komersial. Sasaran pelanggan pada waktu itu terdiri daripada pelanggan luar. Anggerik Terrace Coffee House mula beroperasi sehingga 10 malam. Bermula pada tahun 1993 juga, Hotel ITM telah menerima tempahan majlis dan seminar daripada ITM. Keadaan itu juga berlarutan sehingga tahun 1998.

Hotel UiTM bermula 1999-Sekarang

1999 – 2008: Pada tahun 1999, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan ITM sebagai sebuah universiti sekaligus mengubah nama Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA, UiTM. Hotel ITM turut menerima arus perubahan itu. Hotel ITM telah bertukar nama menjadi Hotel UiTM sehingga kini.

Pada tahun yang sama, Pengurus Hotel UiTM yang telah dilantik adalah Encik Azlan Supardi. Pelbagai perubahan telah dilakukan terhadap pengurusan Hotel UiTM. Antaranya ialah Hotel UiTM diberi Pengiktirafan Hotel 3 Bintang dari Kementerian Pelancongan Malaysia, pengubahsuaian bilik, lobi hotel dan restoran dan penambahan outlet-outlet F & B.
           
Pada 10 November 2000, Hotel UiTM telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.